Posts

Best ke belajar secara online?

Image
 Assalamualaikum semua!  Since Farah dah nak habis semester 1, so saya nak kongsikan pengalaman best ke belajar secara online ini? Honestly, banyak kebaikan yang saya peroleh melalui belajar secara online daripada bersemuka. Tetapi mestilah juga ada kekangan yang saya lalui dalam mengharungi cabaran ini. Antara kelebihan atau manfaat yang boleh diperoleh ialah: 1.Masa yang fleksibel Belajar online ini best sebab saya tidak perlu menggunakan masa lebih untuk bersiap-siap pergi ke kelas, menunggu bas kepada sesiapa yang menggunakan perkhidmatan bas untuk pergi ke fakulti atau kelas dan masa itu saya boleh ganti dengan kerja-kerja lain di rumah. Contohnya menolong ibu memasak, mengemas rumah dan macam-macam lagi saya boleh buat sebenarnya. Malah ada antara kawan-kawan saya yang mengambil kesempatan untuk membuat kerja sambilan pada sebelah malam atau waktu yang mereka free untuk mencari duit poket lebih. Haaa so kita pandai-pandai la gunakan masa yang lebih di rumah untuk melakukan perkar

Bisnes yang Boleh Dibuat di Universiti/Kolej

Image
Assalamualaikum semua! Entry kali ini Farah nak kongsikan sikit tentang contoh bisnes yang student universiti boleh buat semasa di universiti/kolej. Actually, banyak bisnes yang boleh kita lakukan ketika masih menuntut di universiti. Sama ada nak menjual-jual ataupun nak buat perniagaan atau bisnes yang berasaskan servis atau perkhidmatan. Sebagai pelajar, pasti kita sibuk dengan asignment dan kerja yang diberi oleh pensyarah bukan? Yela, kalau tak siapkan dan tak fokus nanti kena potong markah lah, gred rendah, pointer rendah dan sebagainya. Hm haru betul.  Sebenarnya, banyak jenis perniagaan yang kita boleh buat di universiti ini . Mana tahu, korang boleh melakukan salah satu perniagaan mudah ini dan menjana pendapatan dengan senang sejak di bangku universiti lagi. Haaa gituh!  Istilah ‘berniaga‘ bukan bermakna kita perlu buka kedai atau syarikat sendiri. Jual kerepek pun dikira bisnes sendiri. Saya tahu bukan mudah membuat bisnes sebagai pelajar kerana kekangan duit dan masa. Jadi,

Tips Memakai Hijab Mengikut Bentuk Muka

Image
Assalamualaikum and hai semua! Untuk entry ini Farah teringin nak kongsikan tips macam mana nak gayakan hijab atau tudung mengikut bentuk muka kita ;) Pernah tak korang terfikir kenapa ada gaya-gaya hijab tertentu tidak sesuai untuk muka kita sedangkan ia nampak elok dipakai oleh wanita lain? Boleh terbantut hajat nak tampil stailo apabila tudung yang dipakai tidak memberikan 'kerjasama'.  Sebenarnya tidak ada cara yang betul atau salah dalam pemakain tudung. Kita cuma perlu bereksperimen dengan gaya tudung tersebut kerana setiap wanita mempunyai bentuk wajah yang berbeza dan kita harus bijak memilih gaya yang paling sesuai untuk menyerlahkan keanggunan kita! Jom kita kenal pasti bentuk muka dan cara pemakaian tudung yang sesuai mengikut bentuk muka. 1. Bentuk bujur/oval Bentuk ni di kategorikan sebagai bentuk muka yang universal kerana semua gaya tudung adalah sesuai. Anda boleh memakai anak tudung yang lebih dekat ke dahi atau pun menggayakan tudung secara longgar (tanpa pi

Review filem Ready or Not

Image
 Assalamualaikum guys... Entry kali ini saya nak buat review pasal satu filem English seram yang saya tengok minggu lepas dengan adik saya. Boleh dikatakan best jugak sebab filem ini filem seram yang lain daripada yang lain. Dia bukan pasal hantu semata tetapi juga terdapat cerita pasal pembunuhan dan pengkhianatan. Memang berdebar-debar kalau tengok cerita ini seriau darah ceq hahaha. Genre: Seram, Misteri, Komedi Gelap,  Pengarah: Matt Bettinelli-Olpin & Tyler Gillett Pelakon: Samara Weaving, Adam Brody, Mark O’Brien, Henry Czerny, Andie MacDowell. Semua pasangan pengantin mengimpikan perkahwinan yang bahagia bukan sahaja sesama pasangan, malah untuk bersama dengan keluarga baharu. Kebiasaannya, pengantin perempuan yang akan lebih gementar apabila menyertai keluarga baharu. Ya, macam yang selalu kita lihat dalam drama TV3 yang mana pasti akan menunjukkan ragam keluarga mentua apabila menerima orang baharu. Filem Ready or Not ini mengisahkan tentang seorang pengantin perempuan Gra

Tempat yang menarik di Johor untuk aktiviti Hiking

Image
 Assalamualaikum, Untuk entry yang lepas, saya ada share tentang kebaikan hiking. So entry kali ini, saya akan kongsikan pula beberapa tempat di Johor Bahru yang boleh didaki bagi sesiapa sahaja yang mahu lakukan aktiviti hiking ini. Kenapa Johor? Sebab saya orang Johor lah dan saya sedikit sebanyak tahu tempat-tempat yang sesuai untuk aktiviti hiking di sini. Bagi mereka yang menetap di Johor, terdapat beberapa gunung dan bukit yang menjadi lokasi sesuai bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki. Berikut merupakan senarai nama gunung-gunung tersebut: 1. Gunung Ledang Gunung Ledang yang juga dikenali sebagai Mount Ophir terletak di daerah Tangkak, Johor. Ia mempunyai ketinggian 1,276 meter bersamaan 4,186 kaki dari aras laut dan merupakan gunung ke-6 paling sukar didaki di Malaysia. Selain itu, ia juga sesuai untuk aktiviti perkhemahan. 2. Gunung Pulai Gunung Pulai adalah antara lokasi pendakian yang cukup terkenal bagi warga Singapura dan penduduk setempat.

Hiking dan kebaikannya

Image
 Assalamualaikum kawan-kawan, Memandangkan aktiviti hiking semakin popular sekarang tidak kira orang muda, malah orang yang berumur pun banyak juga yang libatkan diri dalam aktiviti ini. Aktiviti hiking ini juga sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dan kawan-kawan. So hari ini saya nak share kebaikan hiking yang korang boleh amalkan. Apa itu hiking? Hiking adalah aktiviti mendaki bukit atau gunung yang kini menjadi destinasi riadah yang dilakukan pelbagai peringkat umur, termasuk di kalangan orang berumur dan kanak-kanak. Ia tergolong dalam satu daripada lima latihan kardio terbaik yang memberikan banyak kelebihan kepada tubuh. Selain menguatkan otot kaki dan gluteus, latihan sebegini juga boleh turut memberi kesan baik kepada pinggul dan paha, jika dilakukan secara serius. Selain itu, aktiviti mendaki juga dapat menurunkan tekanan darah serta mengurangkan risiko diabetes, penyakit jantung dan obesiti. Namun, meskipun dilihat aktiviti mendaki ini lebih kepada aktiviti yang menyihatka

Gambar Paling Popular dan Misteri

Image
 Assalamualaikum guys. Entry kali ini aku nak cerita sedikit pasal satu gambar yang sering dibualkan dan menjadi tanda tanya semua orang di dunia ini iaitu Potret Monalisa. Saya agak tertarik nak cerita sikit tentang potret ini. Ala ala misteri gitu hehe. So aku mulakan cerita tentang potret misteri ini. Mona Lisa merupakan sebuah karya agung catan Leonardo Da Vinci abad ke-15. Kini ia disimpan di Muzium Louvre, Paris, Perancis. Lukisan Mona Lisa popular kerana hasil seninya menampakan lukisan itu seperti bernyawa. Lukisan ini dilukis selama 4 tahun tetapi tidak pernah disiapkan selepas itu.  Apa yang misteri dan penuh tanda tanya tentang potret Monalisa ini? Haa meh aku share sikit. 1. Tanda tanya dan kebingungan timbul ke benak minda kebanyakan pihak yang memerhati dengan teliti riak wajah pada potret itu. Senyuman gadis itu aneh sekali, jarang sekali manusia memiliki senyuman misteri Mona Lisa. Bentuk senyuman itu tampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan. Ketaksuban terhadap